Kelas Advokasi – Jenayah Siber – Ketahui Hak, Tanggungjawab & Perlindungan
5 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Jenayah Siber – Hak, Tanggungjawab & Perlindungan. Objektif kelas ini adalah untuk pemahaman apa itu Jenayah Siber yang melanda masa kini. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Pada kelas ini, peserta-peserta dikongsikan dengan paparan Powerpoint tentang tajuk Jenayah Siber – Hak, Tanggungjawab & Perlindungan. Dalam kelas ini didedahan dari Pengenalan apakah fungsi MCMC, Latarbelakang Internet dan Media Sosial, Apakah Jenayah Siber iaitu Isu & Risiko yang melibatkan remaja seperti Buli Siber, Cyber Grooming serta Penipuan Kewangan. Dan juga diterangkan tentang Hak, Tanggungjawab & Perlindungan iaitu Undang-undang berkaitan Jenayah Siber, Laporan Penyalahgunaan kepada Pihak Pentadbir Media Sosial dan Konsep Kawal Selia Kendiri.
Apa yang diharapkan dari kelas ini adalah para peserta dapat membawa diri mereka dengan sebaik mungkin dalam dunia media sosial era ini. Semoga dengan pendedahan, penerangan dan perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang agar mereka tidak tersasar dari sempadan dunia siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: